Bible 2020 Notis Privasi

Bible 2020 adalah projek Persatuan Alkitab Scotland

Notis Privasi ini menjelaskan apa yang perlu dijangka apabila Persatuan Alkitab Scotland mengumpul dan menggunakan maklumat peribadi anda. Sila baca dengan teliti.

MENGENAI KAMI

Sejak 1809, Persatuan Alkitab Scotland (“kami”, “SBS”) telah berusaha, di bawah Tuhan, untuk meletakkan Alkitab ke tangan dan hati manusia. Kami berkerja supaya semua orang dapat memiliki Alkitab dalam bahasa yang mereka fahami, suatu bentuk yang dapat mereka akses dan pada harga yang berpatutan, ubtuk membantu pertemuan yang tulus dengan Tuhan. Kami adalah badan amalyang berdaftar di Scotland (SC010767). Nombor syarikat kami adalah SC238687 dan alamat berdaftar kami ialah 7 Hampton Terrace, Edinburgh, EH12 5XU.

SBS menghormati privasi anda (“anda”) dan kami mengiktiraf keperluan untuk perlindungan yang sesuai dan pengurusan maklumat peribadi anda. Apabila kami, dan penyedia perkhidmatan kami, mengumpul dan menggunakan maklumat peribadi anda dan data kategori khas, kami adalah pengawal data untuk tujuan Perundangan Perlindungan Data (ditakrifkan di bawah).

Kami melayan semua penyokong kami, sukarelawan, kakitangan dan rakan-rakan sejajar dengan etos dan nilai-nilai Kristian kami, dan kami mengalu-alukan sebarang maklumbalas mengenai apa-apa tindakan kami.

TUJUAN

Kami telah menyediakan Notis Privasi ini untuk membantu anda memahami apa maklumat peribadi yang kami kumpulkan untuk Bible 2020 mengenai anda dan bagaimana maklumat itu digunakan oleh kami dan oleh pihak ketiga.

SYARAT-SYARAT UTAMA

Apabila kami merujuk kepada Perundangan Perlindungan Data kami bermaksud Peraturan Perlindungan Data Umum (Peraturan (EU) 2016/679) (“PPDU”); dan mana-mana undang-undang yang dilaksanakan oleh UK untuk memberi kesan kepada pengurangan yang dibenarkan di bawah PPDU.

Maklumat peribadi ialah maklumat yang boleh digunakan untuk mengenal pasti atau menghubungi individu tertentu, seperti nama, alamat, nombor telefon, alamat e-mel, dan sebagainya, dan juga mengenal pasti dalam talian dan data lokasi seperti alamat IP dan ID peranti mudah alih dan kandungan yang dijana dari pengguna.

Data kategori khas bermaksud maklumat peribadi yang mendedahkan asalnya perkauman atau etnik anda, pendapat politik; kepercayaan agama atau falsafah; atau keahlian kesatuan sekerja; data genetic; data biometric; data yang berkaitan dengan kesihatan atau data anda mengenai kehidupan seks anda atau orientasi seksual; dan sabitan jenayah atau penglibatan dalam prosiding jenayah.

Pengawal data ialah seseorang yang memutuskan mengapa data peribadi akan dikumpulkan dan bagaimana ia akan digunakan dan dilayan

HUBUNGI KAMI

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Notis Privasi, sila hubungi Pegawai Perlindungan Data dengan menggunakan butiran hubungan di bawah.

Jika anda ingin mengemas kini maklumat peribadi anda dan/atau jika anda ingin mengubah cara kami menghubungi anda, sila gunakan butiran perhubungan di bawah.

Alamat: Persatuan Alkitab Scotland, 7 Hampton Terrace, Edinburgh, EH12 5XU
Telefon: 0131 337 9701
E-mel: info@scottishbiblesociety.org

Jika anda tidak berpuas hati dengan cara kami mengendalikan maklumat peribadi anda, sila hubungi Pegawai Perlindungan Data menggunakan butiran hubungan di atas; dan/atau memaklumkan Pejabat Pesuruhjaya Maklumat (PPM). Untuk maklumat lanjut sila lawati: https://ico.org.uk/concerns/

BAGAIMANA KAMI MENGGUNAKAN MAKLUMAT PERIBADI DAN MENGAPA?

MAKLUMAT MENGAPA KAMI MENGUMPULKAN NYA ASAS UNDANG-UNDANG SYARAT DATA KATEGORI KHAS KESAN TIDAK MENYEDIAKAN MAKLUMAT JIKA SYARAT UNDANG-UNDANG ATAU SYARAT KONTRAK
Butir-butir hubungan seperti nama anda, alamat e-mel, nombor telefon. Untuk memaklumkan andamengenai projek Bible 2020, kami akan menghantar maklumat kepada anda melalui e-mel. Atas dasar persetujuan anda. Contohnya, dimana anda telah mengisi borang digital dan telah memberikan kami alamat e-mel anda, kami mungkin akan terus menghantar maklumat kepada anda melalui e-mel kerana anda telah memberikan persetujuan untuk kami melakukannya. Tidak berkaitan. Tidak berkaitan.
Untuk membolehkan kami membalas pertanyaan anda, kami akan menghantar e-mel kepada anda dan/atau telefon anda dengan suatu balasan. Atas dasar kepentingan sah kami dan anda. Contohnya, dimana anda telah menghubungi kami dan mengharapkan tindakbalas, kami akan menggunakan butiran hubungan yang kami pegang untuk anda untuk bertindak balas dengan tepat kepada pertanyaan/permintaan anda. Tidak berkaitan. Tidak berkaitan.
Laman web dan applikasi telefon pintar interaksi data seperti alamat IP, butir-butir halaman web yang di lawati, fail yang dimuat turun Kami mengumpulkan butiran interaksi digital anda dengan laman web dan aplikasi telefon pintar untuk membantu kami meningkatkan pengalaman anda dan untuk melindungi kami daripada aktiviti penipuan dan berniat jahat. Sila rujuk kepada Dasar Kuki kami untuk mendapatkan maklumat lanjut. Atas dasar kepentingan sah kami dan anda. Sebagai contoh, jika kami mengesan penipuan atau akiviti berniat jahat di laman web kami, kami boleh menggunakan data ini untuk menghentikan/mencegah ini untuk memberikan anda pengalaman positif laman web kami. Tidak berkaitan. Tidak berkaitan.
Kepercayaan agama dan afiliasi gereja Kerja PAS bergantung kepada pembinaan hubungan dengan denominasi Kristian dan gereja-gereja. Atas dasar kepentingan sah kami dan anda. Contohnya, di mana kita diminta untuk menyediakan sumber-sumber Alkitab kepada gereja-gereja, memahami kepercayaan agama dan afiliasi mereka akan membolehkan kami menyediakan sumber yang paling sesuai. Bagi tujuan menjalankan kewajipan dan menjalankan hak-hak tertentu pengawal atau subjek data dalam bidang perkerjaan dan keselamatan sosial dan undang-undang perlindungan sosial. Tidak berkaitan.
Kandungan yang dihasilkan oleh Pengguna Dengan mecipta atau memuat naik Kandungan Pengguna, anda memberikan Kami satu lesen seluruh dunia tanpa syarat, yang tidak eksklusif, sepenuhnya boleh pindah, tanpa royalti, kekal dan untuk digunakan, disimpan, diarkibkan, disindikasikan, diterbitkan, dihantar, disesuaikan, diedit, dihasilkan semula, diedarkan, menyediakan kerja derivatif , memaparkan, melaksanakan dan memberi sub- lesen bagi Kandungan Pengguna anda bagi tujuan beroperasi dan mempromosikan Aplikasi Kami. Atas dasar persetujuan anda. Tidak berkaitan. Tidak berkaitan.

BAGAIMANA KAMI MENYIMPAN MAKLUMAT PERIBADI ANDA YANG PALING TERKINI

Untuk membantu kami mengekalkan rekod paling terkini, sila hubungi kami dengan menggunakan butiran hubungan di atas jika terdapat perubahan kepada maklumat peribadi anda dan/atau anda ingin mengubah cara kami menghubungi anda.

Apabila anda menghubungi kami dengan sebarang pertanyaan, kami mungkin meminta anda untuk memeriksa bahawa kami mempunyai maklumat peribadi yang paling terkini.

Dari semasa ke semasa, kami mungkin menggunakan carian alamat Pejabat Pos, senarai poskod atau sumber-sumber lain yang tersedia untuk mengesahkan data yang anda berikan kepada kami, misalnya, kami tidak pasti apa yang anda telah lengkapkan dalam satu borang.

ADAKAH KAMI KONGSI MAKLUMAT PERIBADI?

Bible 2020 adalah satu projek yang dihoskan oleh Persatuan Alkitab Scotland yang berkerjasama dengan Pertubuhan Alkitab Nasional yang lain dan Organisasi Rakan Kongsi Global. Semasa fasa pendaftaran projek kami akan memberi anda peluang untuk bersetuju untuk menerima maklumat tentang Bible 2020, ini adalah daripada Persatuan Alkitab Scotland dan organisasi Rakan Kongsi di Negara anda bermastautin. Satu senarai Organisasi Rakan Kongsi Global kami boleh didapati atas permintaan.

Kami juga akan memberi anda peluang untuk menerima maklumat daripada Persatuan Alkitab Nasional di Negara anda bermastautin mengenai kerja mereka.

Kami mempunyai jaminan kontrak dengan rakan Global kami dan Persatuan Alkitab Nasional yang lain yang akan memproses data peribadi anda selaras dengan notis privasi ini. Ia diakui bagaimanapun tidak semua Negara dilihat sebagai mencukupi oleh EEA.

Kami juga berkontrak dengan penyedia perkhidmatan pihak ketiga dan pembekal untuk memberikan perkhidmatan tertentu. Kami mempunyai jaminan kontrak tersedia (sebagai contoh, perjanjian pemprosesan data) dengan setiap penyedia ini supaya mereka memproses data peribadi anda menurut Notis Privasi ini.

Senarai disediakan atas permintaan yang memperincikan pihak ketiga yang mungkin mempunyai akses kepada maklumat peribadi anda dan, dalam beberapa keadaan, data kategori istimewa anda (jika berkenaan), memperinci bagaimana ia diproses.

Sesetengah entiti ini mungkin juga boleh menjadi pengawal data di bawah Undang-Undang Perlindungan Data. Walau bagaimanapun, cara pertama adalah anda harus menghubungi PAS menggunakan butiran perhubungan diatas jika anda mempunyai sebarang pertanyaan.

Kecuali seperti yang dinyatakan diatas, kami tidak akan berkongsi maklumat peribadi dengan mana-mana pihak ketiga yang lain tanpa memberitahu anda terlebih dahulu, melainkan jika diperlukan oleh, atau berkaitan dengan, undang-undang dan/atau keperluan pengawalseliaan.

Kami tidak akan menjual, memperdagangkan atau memajak maklumat peribadi anda kepada orang lain.

KAWASAN EKONOMI EUROPAH

Data yang kami kumpulkan dari anda biasanya akan disimpan di dalam UK atau di Kawasan Ekonomi Europah (KEE).

Walau bagaimanapun, jika anda tinggal atau berkerja di luar UK atau KEE, kami mungkin perlu memindahkan data peribadi anda di luar UK atau KEE supaya bersesuaian dengan anda. Di mana ini terpakai, kami akan mengambil semua langkah yang semunasabahnya perlu untuk memastikan bahawa data anda dilayan dengan selamat dan selaras dengan notis privasi ini.

Kami juga boleh memindahkan data di luar UK atau EEA di mana kami, hos penyedia perkhidmatan, proses, atau menyimpan data di luar UK atau EEA. Di mana kami melakukan ini, kami akan memastikan bahawa pemindahan itu adalah kepada Negara yang diliputi oleh keputusan Suruhanjaya Kesatuan Eropah atau selainnya dibuat dalam keadaan di mana kami telah meletakkan perlindungan yang sesuai disediakan untuk melindungi data anda menurut Undang-Undang Perlindungan Data (contohnya Perlindungan Privasi EU-AS).

TEMPOH PENYIMPANAN

Kami tidak akan memegang maklumat peribadi anda lebih lama daripada yang diperlukan untuk kegunaan yang digariskan di atas, melainkan jika kami dikehendaki menyimpan data peribadi anda lebih lama untuk mematuhi undang-undang dan keperluan pengawalseliaan. Sebagai contoh, kami akan mengekalkan butiran derma dan pembelian selama 6 tahun untuk memenuhi keperluan cukai dan perakaunan.

Kami mempunyai dasar pengekalan dan pemusnahan data untuk memastikan bahawa kami mengkaji semula keperluan, kalan waktu dan sebab lain untuk memastikan maklumat peribadi dan proses disediakan untuk memadamkan maklumat peribadi dari rekod kami yang kami tidak lagi memerlukan.

HAK ANDA

Anda mempunyai hak tertentu di bawah Perundangan Perlindungan Data yang boleh dilaksanakan dengan menghubungi PAS menggunakan butiran hubungan di atas, termasuk:

  • hak untuk mengakses data peribadi yang diadakan mengenai anda dengan membuat permintaan akses subjek selaras dengan Perundangan Perlindungan Data. Kami mungkin mengenakan yuran yang munasabah apabila permintaan secara nyata tidak berasas atau berlebihan;
  • hak untuk membetulkan data peribadi anda jika tidak tepat atau tidak lengkap;
  • hak untuk meminta agar data peribadi dipadamkan dalam keadaan khusus tertentu seperti yang dinyatakan dalam Perundangan Perlindungan Data;
  • hak untuk meminta untuk menyekat pemprosesan dat peribadi anda dalam keadaan khusus tertentu seperti yang dinyatakan dalam Perundangan Perlindungan Data;
  • hak untuk meminta kami untuk tidak memproses data peribadi anda untuk tujuan pemasaran atau untuk tujuan berdasarkan kepentingan sah kami;
  • hak untuk meminta kami tidak menjalani pengambilan keputusan otomatik; dan
  • di mana anda telah memberikan persetujuan, meminta untuk menarik balik persetujuan tersebut pada bila-bila masa.

Sila ambil perhatian bahawa jika anda memilih untuk mengehadkan atau menghapuskan data peribadi, maka kami mungkin tidak dapat memenuhi beberapa permintaan anda dan/atau terus memberikan anda layanan kami.

Butiran lanjut tentang hak anda boleh didapati di laman web ICO di https://ico.org.uk/.

PERUBAHAN KEPADA NOTIS PRIVASI INI

Kami akan mengkaji semula Notis Privasi ini dengan kerap dan mungkin meminda ini dari semasa ke semasa untuk mematuhi perubahan undang-undang atau undang-undang lain, serta kemas kini keatas proses dan amalan kita sendiri.

Untuk apa-apa perubahan penting dalam Notis Privasi ini, kami akan memaklumkan anda dalam komunikasi bercetak dan digital kami.

Notis Privasi ini dikemaskinikan pada Disember 2019.

Scroll to Top